Feb 14, 2009

Trip pencetus semangat!!!



setelah puas aku berduet ngan raja dalam arena gewang yg masih fresh bagi kami sendiri apatah lagi bagi rakan sepermancingan mahupun org kg, namun hasil yg benar2 dasat belum juga kami temui..sehingga kami sepakat untuk mencuba lagi pada 12 Julai 2008.. kali ni nak round semua lubuk mancing konon.. dari kg, destinasi pertama di awal subuh ialah kawasan tongkang pecah yg berada di luar mulut muara je..pastu nak pegi sg. Kualipan cari Tembaring ngan gewang, pastu pulang singgah di SeaMy pastu sggh lagi d tongkang pecah tu sbagai destinasi terakhir..
gambar tu adalah hasil pancingan gewang kami yg terbaik..sehingga mampu menyebabkan mereka2 yg tidak yakin ngan pancing guna gewang terus ingin menjadi anak didik kami..ikan putih(GT) je dah 25 ekor, Tambung (Jenahak)5 ekor, Ikan Merah(Siakap Merah), ikan Pisang2 2 ekor,Kerapu 2 ekor, alu2 2 ekor(dua-dua aku yg dapat) dan seekor anak tenggiri yg baru siap buat surat beranak..
rakan mahupun lawan lum lagi ikut turun mancing siang, pengguna koyan masih lagi tak mahu joran, pengguna sotong masih tak mau gewang..tapi cerita dah tersebar..sedikit demi sedikit org mula teruja dgn hasil pancingan kami..mana tak tersebar ikan putih tu semua kawan aku (cg. satria) beli untuk buat kenduri tahlil(genap 20kg semuanyer)..teruja ler semua yg datang setelah mendengar cg. jimran yg jual ikan tu..byknyer dorang dapat, guna pukat ker?? tak ler guna joran jer..hehehhehe ambik ko!!

1 comment:

Nak dtg kg. Terusan Sugut?

Cara nak dtg sini, pertama korang kena pegi Beluran, Sabah, pastu kena sewa bot untuk masuk pegi Kg. Terusan Sugut..memang byk bot yg kuar-masuk cni (org kg ler)..kalo nak senang e-mel jer aku bagitau bila nak dtg n yg paling penting tgglkan no. tel utk aku hubungi korang...kalo aku bagi no fon aku takde guna jugak sebab kaws ni pedalaman so mmg takde line...e-mel: dyreen3303@gmail.com